Wednesday, 17 February 2016

PROJEK KE-2\2016


2. TERAPI PSIKOMOTOR ( BOWLING) DAN DESTINASI SOSIAL


TARIKH : 4 FEBRUARI 2016 (KHAMIS)
 TEMPAT : OLE-OLE GIANT , LANDMARK KULIM





ANJURAN:
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SKAM 2016

 OBJEKTIF:

  1. TERAPI PSIKOMOTOR: permainan bowling.sangat penting bagi anak-anak PPKI..salah 1 terapi mereka kerana penggunaan dan pergerakkan anggota badan mereka  sepenuhnya digunakan  ketika mereka melakukan permainan tersebut.
  2.  JELAJAH DESTINASI:  Anak-anak PPKI didedahkan dengan aktiviti jual beli di  Pasaraya GIANT . Sangat penting bagi mendidik dan mengajar mereka  berhadapan dengan suasana dunia yang sebenar . Mereka dilatih membuat keputusan sendiri dengan memberi peluang dan ruang untuk mereka memilih barangan yang mereka inginkan dan membayar sendiri di kaunter pembayaran.
  3. Harapan kami..agar anak-anak PPKI dapat mengaplikasikan pengalaman ini pada masa akan datang.serta kuat menghadapi pelbagai cabaran diluar sana.
  4.  









 #UMAH
PROJEK PERTAMA 2016.....


1.JALINAN MUHIBBAH BERSAMA WARIS KALI 1\2016

TARIKH: 10 JANUARI 2016
MASA: 1.20 PETANG – 4.30 PETANG


OBJEKTIF:


  1. Memberi pendedahan kepada semua guru dan murid  mengenai  kepentingan mengetahui hak keistimewaan anak-anak berkeperluan khas.
  2. Megenalpasti potensi anak-anak berkeperluan khas.
  3. Membina kerjasama di antara PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI  SKAIR MERAH  dan pihak JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM).
       Aturcara program bermula dengan bacaan doa, kemudianya diikuti dengan ucapan guru besar dan guru penolong kanan pendidikan khas. Seterusnya tayangan multimedia. Dalam siri  ucapan guru penolong kanan pendidikan khas beliau telah memaklumkan kepada semua waris mengenai peraturan  pemakaian mengikut piawaian sekolah dan mengenai displin murid dan waris. Seterusnya Perlantikan Jawatankuasa PIBG  PPKI yang baru bagi tahun 2016 telah dijalankan. Setelah berakhirnya sesi pelantikan  jawatankuasa PIBG, Penceramah jemputan dijemput bagi memenuhi slot seterusnya iaitu pegawai dari JKM untuk memberi penerangan mengenai kepentingan cara kerja dan hak keistimewaan  golongan anak-anak berkeperluan khas di sisi masyarakat. Ceramah berakhir dengan sesi soaljawab daripada guru dan waris kepada pegawai Kebajikkan masyarakat tersebut iaitu EN. MOHD ZARIR BIN MOHD KHOZALI.
      Secara keseluruhannya program telah berjalan dengan lancar dan baik.Semoga dengan jalinan muhibbah Ini akan dapat merapatkan ukhuwah dan membina jalinan baru antara semua guru dan para waris serta pihak JKM. Diharap melalui penerangan dan ceramah yang disampaikan  dapat memberi info dan pengetahuan baru kepada semua pihak.Insyaallah.











#GAMBAR X DA PULA..
 
SELAMAT DATANG 2016....

Thursday, 4 February 2016

LAWATAN KE STPPING STONE WORK CENTRE PULAU PINANG



   Pada 11 Mac 2015, PPKI SK AIR MERAH telah mengadakan Lawatan dan  taklimat pengurusan dan peluang pekerjaan. Lawatan yang telah dijalankan ini sangat memberi manfaat dan pengalaman yang baru kepada semua peserta terutama murid berkeperluan khas Sekolah Kebangsaan Air Merah dan juga mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.Taklimat yang dijalankan ini telah berlangsung di STEPPING STONE WORK CENTRE Pulau Pinang.Tujuan destinasi ini di pilih kerana ingin mendedahkan anak-anak berkeperluan khas serta waris yang terlibat melihat sendiri bagaimana insan-insan istimewa boleh hidup berdikari sepertimana insan normal yang lain. Mereka boleh hidup sempurna  dengan mencari rezeki hasil usaha mereka sendiri.
       
        Kesimpulannya  dapatan hasil dari Lawatan tersebut telah membuka mata dan harapan baru kepada semua guru dan waris murid-murid berkeperluan khas Sk Air Merah. Justeru, lawatan ini diharapkan boleh memperkembangkan motivasi diri, tingkah laku dan membentuk displin yang baik di kalangan murid.









Tuesday, 29 September 2015



 SELAMAT KEMBAI KE SEKOLAH...SETELAH  SEMINGGU BERCUTI....







BERSEDIA........



EXAM PULAK LEPAS NE...Masa untuk bersedia membuat persiapan menghadapi peperiksaan AKhir Tahun...

Thursday, 17 September 2015


Hikmah di Sebalik Sambutan Aidil Adha

Written by Mastura binti Mohd Zain. Posted in Artikel
KREDIT TO; IKIM.FM

 
Setiap tahun pada bulan Zulhijjah, jutaan umat Islam mengunjungi Baitullah di kota Mekah untuk menunaikan ibadat haji. Pada setiap 10 Zulhijjah, seluruh umat Islam menyambut kedatangan hari kebesaran Islam iaitu Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Korban. Pada hari itu, umat Islam mengadakan solat sunat hari raya di samping menyembelih binatang ternakan seperti unta dan lembu untuk dikorbankan. Penyembelihan korban dilakukan setelah selesai solat Aidil Adha dan masih dapat dilakukan pada hari-hari tasyrik iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah. 

Mengikut bahasa, perkataan korban bermaksud dekat. Manakala dari segi istilah ialah menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah SWT kerana ingin mendekatkan diri kepadaNya. Dalam sejarah, menurut Al-Quran dan kitab perjanjian lama, korban pertama yang dilakukan manusia adalah oleh dua orang adik-beradik, putera Nabi Adam, Qobil dan Habil.

Kerana suatu sengketa, mereka diperintahkan untuk melaksanakan korban, untuk menentukan siapa yang benar dalam persengketaan tersebut. Kedua saudara itu lalu menyediakan korbannya. Korban Habil diterima dan korban Qobil ditolak. Oleh kerana Habil berkorban dengan ikhlas menjalankan perintah Allah, sedangkan Qobil berkorban dengan maksud menenangkan persengketaan tersebut.
Nabi Ibrahim AS setelah selesai membangun Kaabah di kota Makkah, telah mendapat perintah untuk berkorban dengan menyembelih putera tunggal kesayangannya. Sebagai manusia biasa, perintah mengorbankan anak kesayangannya amat berat untuk dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim AS. Lebih-lebih lagi beliau dikurniakan cahaya mata setelah usianya lanjut, hasil perkahwinannya dengan Siti Hajar. Namun dengan hati yang berat, Nabi Ibrahim AS menyampaikan juga berita itu kepada puteranya Ismail mengenai mimpinya itu.



 Di dalam Al-Quran Surah as-Saffat: 102 maksudnya, "...Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu?"
Sebagai seorang anak yang taat kepada perintah Allah SWT, Nabi Ismail AS telah menjawab dengan tenang dan menyakinkan, sebagaimana maksud ayat al-Quran:..."Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, InsyaAllah, ayah akan mendapati daku dari orang yang sabar."(as-Saffat:102). Dalam suasana yang mengharukan itu, Nabi Ismail meminta ayahnya melaksanakan perintah Allah tersebut. Nabi Ibrahim mencium kening puteranya itu, diletakkan di atas pangkuannya dan bersedia menyembelih.

Pada saat itu Allah telah menunjukkan kekuasaanNya dan menggantikannya dengan seekor kibas(kambing biri-biri jantan) yang muncul secara tiba-tiba menggantikan leher Nabi Ismail. Semenjak itulah Nabi Ibrahim AS melakukan ibadat korban dengan menyembelih haiwan. Kemudian Nabi Muhammad SAW meneruskan ibadat korban sebagai syiar Islam sebagaimana yang kita laksanakan pada setiap hari raya Aidil Adha dan hari-hari tasyrik.

Kisah Nabi Ibrahim dan puteranya menunjukkan betapa kesediaan kedua orang bapa dan anak dengan rela hati dan ikhlas melaksanakan perintah Allah. Sepanjang sejarah kehidupan manusia, ramai yang telah berkorban kerana Allah SWT. Umpamanya pada zaman Rasulullah SAW, ramai para sahabat berkorban untuk menegakkan agama Islam. Mereka bukan saja berkorban harta tetapi juga jiwa raga. Saidina Ali telah mempertaruhkan nyawanya sewaktu Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah. Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Saidina Uthman RA banyak mengorbankan harta untuk menegakkan agama Islam. Demikianlah pengorbanan umat Islam yang terdahulu.

Ibadat haji dan korban menuntut pengorbanan. Ini kerana tanpa semangat berkorban, orang akan keberatan untuk mengeluarkan perbelanjaan ke Mekah, meninggalkan keluarga dan pekerjaan untuk memenuhi panggilan Allah. Untuk menyembelih haiwan terpaksa juga mengeluarkan belanja. Bukan senang untuk mengorbankan harta jika hati tidak bersih daripada sifat kedekut atau sayangkan harta melaksanakan korban dengan menyembelih binatang.

Jika pada Hari Raya Aidil fitri yang lalu, kita mengeluarkan zakat fitrah bagi membantu kehidupan masyarakat yang tidak mampu, maka penyembelihan korban pada hari raya Aidil Adha dan hari-hari tasyrik berikutnya, juga dalam rangka membantu masyarakat itu sendiri. Cuba perhatikan, banyak pergolakan di dunia yang berlaku kebanyakannya ditimbulkan oleh rasa tidak puas hati antara golongan yang lemah yang tidak mempunyai kecukupan dalam kehidupan serta menderita kelaparan, terhadap mereka yang hidup dalam kesenangan dan kemewahan. Oleh kerana itu, umat Islam wajib untuk memikir dan memperhatikan nasib golongan ini, dan inilah di antara hikmah penyembelihan korban yang mulia.

Dengan demikian, ibadat penyembelihan korban di Aidil Adha bukan sahaja sebagai tanda shukur nikmat Allah SWT yang telah melebihkan rezeki kepada kita, tetapi di dalamnya terkandung rahsia hidup bermasyarakat. Daging korban itu dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama golongan umat Islam, juga mampu merapatkan jurang antara yang kaya dengan yang miskin. Ibadat korban dapat mengikis sifat bakhil dan terlalu sayangkan harta.



Ibadat haji yang dilakukan pada masa ini juga menunjukkan ketaatan kepada Allah, apabila seseorang itu secara sukarela mengikut kesemua rukun haji meskipun ia memenatkannya. Ibadat haji juga mengajar erti persamaan dan persaudaraan. Apabila menunaikan haji, seorang akan merasakan bahawa kedudukan mereka sama sahaja di hadapan Allah. Dengan berpakaian ihram bagi lelaki dan bertelekung bagi perempuan, seperti tiada perbezaan di antara satu sama lain; baik orang kaya atau miskin, pemimpin atau rakyat jelata. Pada saat itu, mereka merasakan ikatan ukhuwah sesama agama Islam begitu erat tanpa menghiraukan perbezaan warna kulit, bangsa, budaya dan tempat asal mereka. Semoga tetamu Allah kali ini mendapat haji yang mabrur, yakni haji yang diterima. Haji yang ganjarannya dihapuskan seluruh dosa dan layak memasuki syurga.

-SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA...SELAMAT BERCUTI-