1.JALINAN
MUHIBBAH BERSAMA WARIS KALI
1\2016
TARIKH: 10 JANUARI 2016
MASA: 1.20 PETANG – 4.30 PETANG
OBJEKTIF:
- Memberi pendedahan kepada semua guru dan murid mengenai kepentingan mengetahui hak keistimewaan anak-anak berkeperluan khas.
- Megenalpasti potensi anak-anak berkeperluan khas.
- Membina kerjasama di antara PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SKAIR MERAH dan pihak JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM).
Aturcara program bermula dengan bacaan doa, kemudianya
diikuti dengan ucapan guru besar dan guru penolong kanan pendidikan khas.
Seterusnya tayangan multimedia. Dalam siri
ucapan guru penolong kanan pendidikan khas beliau telah memaklumkan
kepada semua waris mengenai peraturan
pemakaian mengikut piawaian sekolah dan mengenai displin murid dan
waris. Seterusnya Perlantikan Jawatankuasa PIBG
PPKI yang baru bagi tahun 2016 telah dijalankan. Setelah berakhirnya
sesi pelantikan jawatankuasa PIBG,
Penceramah jemputan dijemput bagi memenuhi slot seterusnya iaitu pegawai dari
JKM untuk memberi penerangan mengenai kepentingan cara kerja dan hak
keistimewaan golongan anak-anak
berkeperluan khas di sisi masyarakat. Ceramah berakhir dengan sesi soaljawab
daripada guru dan waris kepada pegawai Kebajikkan masyarakat tersebut iaitu EN. MOHD ZARIR BIN MOHD KHOZALI.
Secara keseluruhannya program telah
berjalan dengan lancar dan baik.Semoga dengan jalinan muhibbah Ini akan dapat
merapatkan ukhuwah dan membina jalinan baru antara semua guru dan para waris
serta pihak JKM. Diharap melalui penerangan dan ceramah yang disampaikan dapat memberi info dan pengetahuan baru kepada
semua pihak.Insyaallah.
#GAMBAR X DA PULA..
No comments:
Post a Comment