Sunday, 13 September 2015

APA ITU PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI?

 Biasanya masyarakat tak faham apa itu Apa itu Program Pendidikan Khas Integrasi ? @ PPKI kn....di sini secra rinkasnya mengenai PPKI ialah...

Sebuah program yang ditubuhkan  dan ditadbir sepenuhnya oleh Jabatan Pelajaran Negeri , Kementerian Pelajaran Malaysia.Program ini di jalankan di Sekolah-sekolah yang mempunyai kelas untuk murid pendidikan khas @ murid-murid istimewa.

Siapa yang boleh mendaftar di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)?
  • Murid bermasalah penglihatan
  • Murid bermasalah pendengaran
  • Murid bermasalah pembelajaran
Pendidikan khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa, iaitu ‘kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi, tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa’ (Chua,1982)

Pendidikan Khas ialah subsistem dalam sistem pendidikan, yang Bertanggungjawab mengadakan peruntukkan kemudahan dan keistimewaan bagi membantu kanak-kanak dan belia yang bersifat luar biasa. (Gearhart dan Weishahn,1980)


CIRI – CIRI MURID BERKEPERLUAN KHAS
  • Autisme
  • Epilepsi
  • Pintar Cerdas dan Berbakat
  • Lembam
  • Cerebral Palsy
  • Acalculia
  • Discalculia
  • Disgrafia
  • Sindrom Down
  • Disleksia
 # Tapi kami di SK Air Merah ..Program kami lebih kepada Murid bermasalah pembelajaran dengan pelbagai kategori..

1 comment: